Daisypath Wedding tickers

Thursday 29 December 2011

gemuruh suara

The passion and pride of Team Malaysia performed by KRU, Ramli Sarip, Suki Low, Hannah Tan, Mooky of One Buck Short & Caprice.


Lyrics:-


Kalau engkau jatuh
Jangan engkau lemah
Kerana hidup mengajar kita
Jangan cepat mengalah


Bina yakin diri
Mampu kita lakukan
Tiada yang mustahil
Segalanya boleh


Kita bergandingan meraikan
Malaysia


Gemuruh suara
Jadi bangsa berjaya
Gemuruh perkasa
Bawah satu bendera


Nama kita bina
Diseluruh benua rasa bangga
Genggam amanat wira
Julang panji Malaysia

Wednesday 28 December 2011

Rapuh


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Tuesday 20 December 2011

tempat kejadian - semester enam

entry jam 11.11 pm....

assalamualaikum semua..
jenguk2 la blog yg da uzur ni...
sok daftar politeknik sultan azlan shah...
hua3...da sem 6 da rupanya..




ape nk wt ea...ape subjek sem 6...ble nk abes blajar ea...
aduhai...ble nk keje ea...
sape2 yg ade port keje dalam bidang mekatronik leh la bagitau...
x sabar nk keje ni...
hahaha...



jum nyanyi sama2...
kalau rasa gembira join geng fiQ'Ra...
kalau rasa gembira join geng fiQ'Ra...
kalau rasa gembira...
begini la caranya...
kalau rasa gembira join geng fiQ'Ra...


x larat pakcik nk nyanyi sorang2...jom ramai2...

Saturday 3 December 2011

Mini Hand Robot

assalamualaikum semua...malam ni saya terdetik nk wt entry yang berkenaan dgn projek akhir saya iaitu Mini Hand Robot...


ia merupakan robot pungut dan letak yang melakukan kerja-kerja pemunggahan,penyusunan dan pemindahan barang...robot ini banyak digunakan di perindustrian automatif...ia menggunakan pengesan hujung jenis pencengkam...sistem pencengkam bilateral yang menyerupai jari manusia dapat mencengkam barang dengan kemas semasa pengangkutan...







hasil lukisan menggunakan autocad...







masalah yang saya hadapi ketika ini,proposalnya belum siap lagi kawan2...diharapkan ada yang sudi membantu dalam menjayakan projek akhir saya ni dengan maklumat-maklumat berkenaan dengan Mini Hand Robot

Thursday 1 December 2011

bila afiq dan mastura nk main salji..

pada suatu hari
afiq berangan sambil baring2 dan berangan dan berangan
fikiran melayang hingga ke eropah
ttbe2,mastura datang dan mengejutkn afiq
afiq terjaga dgn terkejut lalu memandang sekeliling
jeng jeng jeng!!!!

kita dimana mastura
di eorpah la afiq
alangkah terkejutnya afiq tika itu
mastura lalu mengambil segumpal salji dan membaling kearah muka afiq
hahahahahaha
owh,main kasar ye...jum perang salji...
kami berperang salji hingga afiq pura2 mati...
aduhai...pnt la...kami membuat orang salji rupa mastura...hahaha
kami wt umah salji idaman kami.. (yeke ek)
paling best kami meluncur salji...yahoooooooooo





semuanya angan-angan belaka la....
satu soalan tuk siti normastura, ble kita nk g main salji...?
thats all for today
assalamualaikum blogger

Saturday 26 November 2011

my first story

assalamualaikum semua blogger terkenal mahupn blogger underdog seperti saya..huhuhu
ni mgkn entry saya yg pertama kot..
maklumlahh sentiasa bz dgn kuliah...

skg bermulalah cuti semesta untuk semesta 5...
sedar x sedar (jgn x sedar langsung ye) da nk msuk semesta 6...
wow...final projek..

akhirnya diberi peluang pada kami untuk perform final projek...
memandangkan saya student mekatronik...
group saya nk perform la projek2 yg berkenaan dgn robot...optimus prime@megatron..
hehehe...jum wt research bersama saya...sudi2 tlg bg idea berkenaan dgn robot...hehehe
ok la kawan2,gerak dlu ye...vroooommmm

apakah???


Buang Anak

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.




Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.


Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.


Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?


Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…


Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.


Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..


Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!


Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!


Pak Abu: HEHEHEHEHE….

Monday 10 October 2011

Teka-Teki




> 1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
> Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.
>
> 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
> Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
>
> 3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
> Answer: Kuih salah bikin.
>
> 4) Binatang ape power Karate?
> Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
>
> 5) Siape yang menemukan dompet kulit?
> Answer: Yang menemukan dompet kulit tu.. tolong pulangkan kepada saye.
>
> 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
> Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
>
> 8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
> Answer: Pembohong...
>
> 9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
> Answer: Usus
>
> 10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
> Answer: Kutu rambut
>
> 11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?> Answer: Neneknye si katak
>
> 12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
> Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
> - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
>
> 13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
> Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
>
> 14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
> Answer: Tukang gali kubur

> 15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
> Answer: Tahi hidung
>
> 16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
> Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat..
>
> 17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
> Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ke...
>
> 18) Gajah terbang dengan ape?
> Answer: Dengan susah payah......


Sunday 11 September 2011

Coretan Untuk Bakal Isteriku

untuk tunang tersayang Siti Nor Mastura


i luv islam


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu. 

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. 

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri. 

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku. 

Dariku, Bakal suamimu.



Thursday 11 August 2011

Contest Syoknya Dapat Duit Raya RM100


salam ramadhan

sambung slogan..

blog cintairmata kemas, padat dengan isi dan sempoi. blog cik jugak tak berat. hoho.. ehem ehem, empunya blog manis means lawa la..

p/s penaja : 
  1. Contest ni berlangsung sepanjang bulan ramadan 2011..
  2. Keputusannya akan di umumkan pada hari raya ke berapa -_-??.. itu tak confirm lagi sebab nak tengok dulu.. ramai berminat nak join tak.. =) InsyaAllah dah confirm nanti kite umunkan..
  3. If ramai join.. makin bertambah hadiah nanti.. (macam contest sebelum ni kan)
  4. Ada orang kata tak tahu nak cerita apa mengenai blog saya ni.. So sebab tu la tujuan contest ini dibuat untuk blogger lain memahami erti sebuah blog tu.. bukan just follow n lihat gambar jer.. =)
  5. Contest kali ini akan sentiasa update dengan banyak kejutan.. =D
  6. 1st contestant akan mendapat hadiah saguhati dari pihak penaja.. Tahniah kepada Blog XIDI 
  7. Jom join cepat.. tak rugi tau..
  8. Saya harap ada perserta lelaki kali ni.. sebab saya nak bagi hadiah istimewa untuk peserta lelaki yang pertama.. =)

Thursday 30 June 2011

Dua orang kaya dan pemandunya






Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"



Bacalah... kalau tidak kau akan menyesal




Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...

Diskaun Hukuman







Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"

WAKTU





Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu -Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok..

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers